Assalammualaikum (^_^)
Bismillahhirrahmanirrahim
Benar kata orang. Apabila cinta terhadap manusia sudah menguasai hati, Kita mudah diperangkap oleh tipu daya dan muslihat syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang dahulunya mengatakan “cinta kerana Allah SWT” ,perlahan-lahan diulit tipu daya dan muslihat syaitan.
Cinta sebelum kahwin sememangnya mampu mengundang kepada lembah penzinaan. Hati mula lalai terhadap suruhan dan perintah Allah. Perlahan-lahan hati ini ditipu oleh syaitan. Niat pada awalnya ingin membimbing seorang wanita/lelaki perlahan-lahan hanyut ke lembah penzinaan. Solat yang pada dahulunya dilakukan pada awal waktu mula berubah kepada penghujung waktu kerana leka dengan berbalas pesanan mesej ringkas. Majlis-majlis agama yang dahulunya dihadiri mula ditinggalkan kerana ingin ber-chatting dengan teman wanita/teman lelaki di laman sosial.Tiada lain yang difikirkan melainkan hanya teman wanita/teman lelaki sehinggalah pada suatu tahap hati ini mula sesak dengan desakan nafsu dan dosa. Syaitan benar-benar telah berjaya mengambil alih hati ini untuk dikuasai. Tiada lagi ayat-ayat Al-Quran yang dahulu kerap diamalkan. Hidup menjadi tidak tenang. Terasa seperti ada dua aliran di dalam hati. Hati ini semakin sesak dan lemas dengan dosa-dosa yang dilakukan. ALLAHUAKBAR :'(
Simpanlah hatimu untuk yang halal sahaja.
Aku tutup hati ini.
Dan kembali dibuka kepada yang halal.
Indahnya jika cinta bermula saat akad nikah dilafazkan.
0 ulasan:
Komen Tekan Sini :)